Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu memainkan peranan yang lebih proaktif bagi memperkasa penglibatan remaja dalam industri sukan.
Dalam masa sama, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Sadek Mustafa berkata, struktur organisasi kerajaan juga perlu diletakkan dengan lebih ramai tenaga anak muda bagi memahami kehendak remaja dalam industri berkenaan.